Saturday, November 22, 2014

Kerana saksi palsu,lelaki ini mendekam 39 Tahun di penjara. Kes nanya

22/11/14
 
The Guardian Ilustrasi penjara.

CLEVELAND,  Seorang lelaki yang dituduh melakukan pembunuhan akan dibebaskan setelah mendekam 39 tahun di dalam penjara setelah terungkap kesaksian kanak-kanak 12 tahun yang menuduh lelaki  itu ternyata palsu.

Ricky Jackson (57) dijaualkan bebas pada Jumaat (21/11/20140 setelah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1975 setelah dianggap terbukti membunuh seorang penagih hutang di sebuah toko di Cleveland, Ohio.

Saksi kunci kes tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang secara mengejutkan menarik kesaksiannya dan mengaku dia mengarang kesaksiannya itu. "Semuanya adalah kebohongan," kata Eddie Vernon, kini berusia 53 tahun, dalam satu sidang di Cleveland  minggu ini.

Pada 1975, Eddie Vernon mengatakan kepada polis  bahawa dia melihat Ricky dan dua saudaranya, Wiley dan Ronnie Bridgeman, membunuh seorang penagih hutang, Harold Franks.
Polis  menuduh ketiga lelaki itu memukul Franks hingga parah lalu menyiram wajahnya dengan cairan asid sebelum menembak lelaki itu sebanyak dua kali.

Kebohongan Eddie Vernon terungkap ketika dia mengaku kepada seorang paderi bahawa dia berada di dalam bas sekolah ketika pembunuhan itu terjadi dan dia tak melihat apa pun. Ketika itu, Eddie hanya mendengar dua suara letupan yang menurut dia mirip suara petasan. Dia menuduh Ricky dan dua rakannya semata-mata berdasarkan kisah seorang temannya.

Minggu lalu, di hadapan sebuah mahkamah di Cleveland, Eddie mengatakan, dia berbohong kepada polis  ketika itu kerana dia mengira telah melakukan hal yang benar. Eddie malah menuduh  polis  Cleveland yang menjejalinya maklumat dan mengancam akan memenjarakan kedua orangtuanya jika dia mengubah cerita terkait kes pembunuhan itu.

"Semua maklumat itu diberikan kepada saya. Saya tak tahu apa pun tentang apa yang terjadi di lokasi kejadian jenayah itu," ujar Eddie.

Selain pengakuan Eddie, sebenarnya ketika itu tak ada bukti lain yang mengaitkan ketiga lelaki tersebut dengan kes pembunuhan itu. Namun, ketiga orang itu mulanya   dijatuhkan hukuman mati yang dibatalkan pada 1978 dan diganti dengan hukuman penjara seumur hidup.

Ricky Jackson kini menjadi tahanan yang paling lama menjalani masa hukumannya sebelum kemudian dibebaskan.

"Saya tak percaya semua telah berakhir. Saya akan pulang. Saya tak pernah berharap ini terjadi," kata Ricky tak boleh menahan air matanya ketika mendengar khabar pembebasannya.

Rakannya, Ronnie Bridgeman, bebas setelah 25 tahun mendekam di penjara. Sementara itu, para peguam pun kini berharap boleh membebaskan Wiley Bridgeman setelah pengakuan Eddie Vernon itu.

Editor : Ervan Hardoko
Sumber: news.com.au/ KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment