Monday, November 3, 2014

Lelaki curi kereta mewah untuk tunjuk kepada kekasihnya yang dia seorang jutawan

3/11/14

Lelaki Kuwait ngaku orang kaya ke pacar, mobilnya hasil curian
Gambar haisan
Polis Kuwait menangkap seorang lelaki mencuri kereta di beberapa wilayah, sebab ingin membuktikan pada kekasihnya  yang dirinya seorang taipan.

Stesyen televisyen Al Arabiya melaporkan,  Isnin (3/11), lelaki tidak disebutkan namanya ini ditangkap ketika sedang memandu kereta curian bersama kekasihnya. Polis  menyatakan kekasih lelaki itu tidak tahu menahu soal penggasakan kereta . Dia mengaku kereta itu diberikan sang kekasih sebagai hadiah.

Kereta yang dipandu mereka berdua dicuri dari wilayah al-Ahmadi. Sang wanita menangis menyedari fakta tersebut.

Lelaki itu pun mengakui perbuatannya. Dia melakukan itu hanya ingin kekasihnya percaya dia seorang jutawan. Dalam kereta curian itu juga ada beberapa perkakas digunakan dia untuk menggasak kenderaan mewah.
sumber:merdeka.com

No comments:

Post a Comment