Tuesday, November 4, 2014

Liwat II: Apakah keputusan diketahui hari ini ?

4 Nov 2014
LAPORAN LANGSUNG

9.22am: Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Hakim Arifin.

Shafee menyambung hujahnya mengenai alibi Anwar.

Katanya, 13 saksi dinamakan termasuk Wan Azizah dan pemilik kondominium Hasanuddin.

8.57am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memasuki dewan mahkamah.

Balu mendiang Karpal - Gurmit Kaur - duduk di sebelah Wan Azizah sementara Anwar dilihat berbincang dengan Azmin.

8.50am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bersama mereka ialah peguambela Gobind Singh Deo.

Turut kelihatan ialah balu mendiang Karpal Singh - Gurmit Kaur - dan
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Beberapa pemerhati dari kedutaan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman juga hadir.

8.30am: Kira-kira 200 penyokong Anwar berkumpul di luar Istana Kehakiman di Putrajaya di mana kes rayuan Liwat II akan didengar.

Sudah berada di mahkamah ialah peguam Tan Sri Gopal Sri Ram,
Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Di pihak pendakwa pula, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria sedang bersiap bersedia.

MP PKR Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong memasuki dewan mahkamah.

[Berita lanjut menyusul

Dengan pendakwa yang dilantik oleh kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka menyelesaikan penghujahannya hari ini dan pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membuat hujah balas, persoalan terbesar ialah sama ada Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusannya hari ini.

Rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dalam kes Liwat 11 dan hukuman penjara ke atasnya memasuki hari keenam yang mendengar penghujahan oleh pihak pendakwa dan pembelaan.

Anwar semalam memuji lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang sabar dan memberi penuh perhatian mendengar semua hujah yang dikemukakan oleh peguamnya.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh bekas Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram (kanan), telah menimbulkan pelbagai isu yang mempersoalkan kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa menjadi mangsa dakwaan liwat itu.

Peguam N Surendran berhujah bahawa kes itu adalah satu konspirasi politik, manakala Ram Karpal Singh pula membangkitkan isu berkaitan dengan keputusan DNA.

Peguam Sangeet Kaur Deo pula mempersoalkan cara sampel diambil dari lokap dan mempersoalkan kesahan penangkapan Anwar pada 16 Julai 2008.

Shafee pula mempertahankan kredibiliti Saiful sebagai saksi dan meminta mahkamah menerima bahawa dakwaan insiden liwat di Desa Damansara bukanlah yang pertama dan satu-satunya di antara Anwar dan Saiful.

Beliau juga memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa walaupun jika penangkapan Anwar menyalahi undang-undang dan cara polis mengambil sampel Anwar dari lokap adalah melalui "tipu daya", namun katanya,  bukti DNA itu masih boleh diterima, dengan memetik satu kes undang-undang Singapura yang diterima di Singapura, Malaysia dan Komanwel.

Shafee (kiri) dijangka menyambung hujahnya tentang isu DNA hari
ini, dan selepas itu pasukan pembelaan akan membalas hujah berhubung perkara yang dibangkitkan oleh pihak pendakwa.

Oleh itu, persoalan terbesar ialah sama ada panel yang diketuai Hakim Arifin akan mengumumkan keputusannya dengan segera, atau mengumumkannya pada hari yang lain.

Malaysiakini membuat laporan langsung.

No comments:

Post a Comment