Tuesday, November 4, 2014

Kritikal: Najib patut letak jawatan Menteri Kewangan , kata Raja Kamarul Bahrin

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memerlukan Menteri Kewangan sepenuh masa dalam keadaan ekonomi negara yang kritikal ketika ini, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Justeru, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak patut melepaskan jawatan Menteri Kewangan atas sebab timbulnya situasi berpusat terlalu banyak kuasa di bawah Perdana Menteri dan menimbulkan konflik berkepentingan.

Bahkan katanya terlalu banyak masalah negara yang memerlukan perhatian serta tindakan khusus Perdana Menteri seperti masalah perkauman, masalah isu agama, jenayah yang tinggi, masalah tidak tercapai status negara maju pada 2020 dan masalah ekonomi keseluruhannya yang semakin meruncing.

"Oleh itu, ada baiknya Datuk Seri Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan bagi menumpukan kepada masalah-masalah besar lain," katanya dalam sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Beliau bekata demikian merujuk satu surat daripada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang diedarkan kepada Ahli Parlimen.

Tambahnya, kerajaan tidak perlu melantik perunding luar antarabangsa yang menghabiskan beratus juta ringgit tanpa berjaya menyelesaikan masalah.

"Tengku Razaleigh yang merupakan ahli Umno  serta memahami masalah sebenar negara. Mempunyai pengalaman luas dan dikenali serta dihormati dunia antarabangsa dan tempatan," katanya.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan dalam suratnya menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan GST kerana bimbang prospek ekonomi negara. - HARAKAHDAILY3/11/2014

No comments:

Post a Comment