Friday, November 7, 2014

Liwat II: Tarikh keputusan ditetapkan kemudian

7 Nov 2014
3.48pm: Shafee membangkitkan satu kes mahkamah berhubung ikatan dokumen yang hilang

Gopal berkata pasukan pembelaan tidak akan membalas.

Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama.

Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.

3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan".

Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan.

3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi.

Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998.

Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1.

Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza.

Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan.

Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya.

3.48: Hakim Ariffin berkata keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

3.30pm : Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar.

Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful.

Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima.

"Tidak perlu dipanggil pembuat (gambar),” kata Gopal.

Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan (tanpa kerelaan).

3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat.


Read More

No comments:

Post a Comment