21 Nov 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan notis tuntutan
terhadap pengerusi DAP Selangor, Tony Pua atas satu ucapan yang didakwa
menggambarkannya sebagai pemimpin korup.
Notis yang dilihat oleh Malaysiakini menyebut, ucapan Pua di satu majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November itu juga didakwa menunjukkan Najib tidak layak mengetuai pentadbiran negara.
Notis berkenaan menuntut agar Pua memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang mendakwa “Najib mencipta skandal terbesar dalam sejarah Malaysia” itu.
Ia turut menuntut agar rakaman ucapan berkenaan, yang disiarkan oleh media pro-Pakatan Rakyat, Media Rakyat, dikeluarkan dari dalam talian Youtube.
Notis itu juga menuntut Pua mencadangkan jumlah gantirugi yang sesuai atas kerugian yang dialami Najib melalui ucapan berkenaan.
Ucapan berkenaan antara lainnya mengaitkan mengenai akaun syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd.
Notis bertarikh hari ini dikemukakan melalui firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment