BINTULU: Bendahari PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul
Rani berkata, semua jentera PAS negeri bersiap siaga menghadapi pilihan
raya negeri (PRN) ke-11 yang akan diadakan tahun depan atau
selewat-lewatnya awal 2016.
Menurutnya, bagi PAS zon utara, sasaran sekurang-kurangnya akan
bertanding 3 kerusi Dun di bahagian Utara Sarawak meliputi Senadin,
Lambir dan Jepak.
Dengan menggunakan formula, setiap Parlimen atau Dun akan diwakili
oleh Pakatan Rakyat (PR), sekiranya dalam Parlimen itu terdapat 3 Dun,
maka salah satu daripadanya mesti diwakili oleh setiap parti komponen
kecuali dalam kawasan itu tidak ada ahli parti atau cawangan parti dalam
PR.
"Ini menujukkan kesepakatan dalam PR untuk pertandingan satu lawan
satu dengan parti BN," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Bintulu.
Tambahnya, walaupun pembahagian kerusi belum selesai sepenuhnya
tetapi kesepakatan dalam melawan BN adalah matlamat utama PR untuk
menawan Sarawak dalam PRN11 nanti.
Beliau juga memberitahu lebih daripada 60 orang peserta dari Miri,
Sibuti, Limbang, Bintulu, Mukah dan Sibu telah menghadiri Munaqasyah
Ucapan Dasar Presiden PAS untuk Zon Utara Sarawak.
Pada munaqasyah itu, ucapan dasar Presiden PAS diulas oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.
Selain munaqasyah, program kebajikan juga turut dianjurkan oleh PAS Bintulu di Dun Jepak.
Seramai 20 orang warga emas dan OKU menerima sumbangan yang
disampaikan oleh Dr Hatta dan Haji Kiprawi, Ketua Penerangan PAS
Bintulu. - HARAKAHDAILY 23/11/2014
No comments:
Post a Comment