5/11/14
Selepas bertahun-tahun menunggu, dan berbeza pendapat, PSM telah membuat
keputusan untuk melupakan hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Parti itu bagaimanapun berkata ia bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
"PSM bersedia untuk mengadakan pakatan pilihan raya dengan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN dalam PRU14," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Keputusan itu dibuat semasa perhimpunan nasional khas dalaman
pada 2 November, yang menukar keputusan sebelumnya di kongres 2012 untuk menyertai pakatan pembangkang itu.
Ini dibuat seminggu selepas PSM mengumumkan akan membentuk gabungan baru - Gabungan Kiri - bersama dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Gabungan baru itu bertujuan untuk menjadi kuasa ketiga dalam politik Malaysia, dan sedang berusaha menarik penyertaiaan aktivis sosial yang lain dan kumpulan di Malaysia Timur.
Perebutan kerusi
Dalam kenyataannya, PSM menyentuh keputusan PAS dan PKR untuk menyertai pertandingan tiga penjuru dengan PSM di Kota Damansara, Semenyih dan Jelapang, sebagai salah satu sebab ia tidak akan menyertai Pakatan.
Pemimpin PSM Mohd Nasir Hashim, kehilangan kerusi DUN Kota Damansara akibat pertandingan tiga penjuru itu, dan parti itu juga tidak berjaya di Semenyih dan Jelapang.
Hanya Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar (kanan)
berjaya mengekalkan kerusinya.
Ia juga berkata Pakatan tidak memberi respons terhadap permohonan parti itu untuk menyertai gabungan tersebut, meskipun telah menyokong manifesto Buku Jingga.
"Sehingga hari ini, belum ada jawapan dari Pakatan Rakyat.
"Maklumat terakhir yang diterima dari Pakatan Rakyat adalah pada 1 Ogos 2013, di mana Pakatan berkata permohonan PSM masih sedang dipertimbangkan," katanya.
Keputusan lain yang dicapai di perhimpunan 2 November itu, termasuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya akan datang.
Ia juga akan meletakkan lebih ramai calon, termasuk aktivis yang disokong oleh parti itu, dan menyasarkan kedua-dua kerusi Parlimen dan negeri di lima negeri.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan berkata sebelum ini ada pihak tertentu yang mahu aktivis terkemuka seperti bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga dan peguam hak asasi manusia Haris Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment