Thursday, November 20, 2014

Setelah membunuh, suami sebarkan foto mayat isterinya melalui telepon

Rabu, 19 November 2014
 
Foto: copyright thinkstockphotos.com
  Ge Yifeng, lelaki berusia 24 tahun ini menyerahkan diri kepada polis setelah membunuh isterinya, Chen. Dengan menggunakan gunting dan kayu, Ge membunuh isterinya sendiri lalu menyebar foto mayat isterinya tersebut melalui WeChat Moments dari teleponnya sendiri. Apa yang melatarbelakangi aksi sadis ini? Lalu kenapa foto mayat Cheng disebarkan?

Rupanya, seperti yang dilansir oleh shanghaiist.com, Ge menikam leher dan dada Chen berulang kali dengan gunting lalu memukul kepalanya dengan kayu setelah keduanya baru bertengkar hebat di dalam kereta. Setelah melakukan pembunuhan itu, Ge terus menyerahkan diri kepada polis . Ge juga menghubungi saudara dan teman-temannya untuk memberitahukan tindak pembunuhan yang baru dia lakukan.

Ge dalam pengadilan. | Foto: copyright shanghaiist.com 
Ge dalam pengadilan. | Foto: copyright shanghaiist.com

 
Hanya saja ketika Ge memberitahukan tindakan jenayah pembunuhan kepada saudara dan teman-temannya, tak ada yang mempercayainya. Akhirnya Ge mengirimkan foto mayat isterinya tersebut melalui teleponnya di WeChat Moments miliknya sebagai bukti bahawa dia memang baru saja membunuh isterinya sendiri. 
 
Motif pembunuhan ini adalah kerana Ge tak boleh berbaik dengan ibu mertuanya yang berkata bahawa Ge sebenarnya tak layak bersanding dengan Chen. Ge juga menambahkan bahawa dia sama sekali tak bahagia tinggal bersama keluarga isterinya.

"Tadinya kami berdua setuju akan pindah ke Yantai setelah berkahwin, tetapi Chen tiba-tiba bertukar fikiran dan memilih untuk pindah ke Beijing yang kemudian menghancurkan semua rancangan saya," ungkap Ge.

Ge juga mengalami banyak tekanan di tempat kerjanya. Ia berkata bahawa dia harus melakukan perjalanan pulang pergi selama lima jam setiap harinya untuk ke pejabat dengan gaji yang sedikit. Ge juga merasa terhina kerana isterinya selalu memandang sebelah mata dirinya. "Kami seringkali bertengkar, dan dia berkata ingin bercerai," tambah Ge.
 
 
"Saya sama sekali tak bmerancang untuk membunuh Chen, yang saya inginkan hanyalah ucapan maaf darinya," jelas Ge. Ge sendiri pun kemudian merasa telah kehilangan kontrol atas dirinya dan ingin ikut mati saja bersama isterinya tersebut. 
 
Salah satu anggota keluarga Chen mengatakan bahawa Chen sebenarnya adalah wanita yang jujur hanya saja suaminya Ge tak pernah berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Menurutnya, pasangan suami isteri bertengkar itu hal yang normal. Hanya saja dia tak menyangka bahawa Ge boleh jadi seorang lelaki yang begitu keji hingga membunuh isterinya sendiri.
Sumber: Vemale.com

No comments:

Post a Comment