KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi penjelasan
terhadap dua buah kapal latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang
sehingga sekarang belum diserahkan kepada TLDM.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, projek kapal latihan TLDM Gagah Samudera dan Sijangkang Teguh Samudera yang dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali itu turut tidak disentuh dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Kapal latihan itu sepanjang 75.9 meter yang telah direka bentuk dengan kerjasama NGV Tech dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering dari Korea Selatan.
"Ini adalah kapal latihan pertama TLDM yng bersaiz friget dan mampu memberi latihan lanjut yang efektif, sepatutnya Gagah Samudera kepada TLDM pada Mei 2013 lalu di Lumut tetapi itu tidak berlaku," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat
Menurut beliau, kontrak asal bernilai RM296 juta untuk kedua-dua buah kapal itu belum diserahkan kepada TLDM kerana NGV Tech telah mengalami masalah kewangan menyebabkan ia tidak mampu menyiapkan kapal tersebut.
"Difahamkan juga pembiaya utama iaitu Maybank sedang dalam proses memungut kembali pinjaman dan menyebabkan kapal tersebut ditahan.
"Menurut sumber mengatakan kerajaan dan TLDM sedang dalam proses mengeluarkan tender baru untuk syarikat lain bagi menyiapkan kapal tersebut.
"Persoalan sekarang ada apa terjadi kepada NGV Tech dan apa status kapal latihan itu, kenapa ia tidak disentuh langsung dalam Laporan Ketua Audit Negara," sambung beliau. – HARAKAHDAILY 20/11/2014

No comments:
Post a Comment