9 November 2014
Photo copyright Stomp.com.sg
Seorang wanita baru-baru ini buat heboh di Singapura kerana duduk di tepi balkoni bangunan Cube 8 Condo, Thompson Roads dilansir dari Stomp.
Entah kerana alasan apa, wanita itu duduk cantik tanpa menyedari bahawa ramai orang sedang terheran-heran sambil bimbang
keselamatannya.
Khabar
ini pertama kali diketahui ketika 2 orang netizen dengan ID Didi77 dan
QO melaporkan bahawa ada wanita cantik dengan kacamata hitam duduk di
pinggiran balkoni. Sampai berita ini disampaikan, belum ada khabar
mengenai identiti dan penyebab wanita itu melakukan tindakan nekat.
Namun
dilihat dari 'drama' penyelamatan wanita tersebut, ramai yang menduga
bahawa mungkin dia sedang mengalami stres atau tekanan batin yang
membuatnya kehilangan akal sehat. Sebab sehingga dia diselamatkan dan
dipujuk untuk kembali, dia kelihatan sangat tenang dan menikmati duduk di
tempat yang cukup membahayakan itu.
Tim Singapore Civil Defence Force
(SCDF) segera datang setelah beberapa kali mendapat telepon dari
penghuni sekitar yang menyaksikan kejadian tersebut. Namun penyelamatan
itu perlu prosedur yang cukup rumit, Mereka harus memastikan keselamatan
wanita tersebut dan pasukannya kerana berada di ketinggian.
Di
sisi lain, pasukan penyelamat berusaha tak menyinggung atau membuat dia panik.
Berdasarkan hasil pantauan netizen, tatkala dia diselamatkan pun wanita
tersebut sepertinya tak melakukan perlawanan yang berarti. Walau
demikian, sesi penyelamatan tersebut juga tidak dapat segera selesai.
Netizen
pun masih menduga-duga bagaimana wanita itu boleh melakukan hal ini.
Namun banyak yang menyayangkan dan sudah memberikan masukan bahawa bunuh
diri bukanlah jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah.
sumber: Vemale.com
No comments:
Post a Comment