Saturday, December 20, 2014

Ayuh semua jentera, bantu mangsa banjir - Siti Zailah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff memohon semua jentera PAS sama ada muslimat, pemuda dan aktivis termasuk sukarelawan dan NGO agar turun bersama dengan kerahan tenaga seluruh Kelantan khususnya Rantau Panjang untuk bergotong-royong membantu semua mangsa banjir di semua lokasi yang terlibat.
"Tolong pindahkan barang yang rosak, tolong cuci masjid, sekolah, rumah mangsa banjir.

"Tolong buat dan hantar makanan ke rumah mangsa banjir yang ramai kebuluran terutama yang terperangkap di rumah-rumah kerana semua beras, makanan, dapur mereka sudah rosak tenggelam banjir," katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS.

Beliau menyeru agar membuat yang terbaik kerana Allah dengan bantu saudara-saudara yang ditimpa musibah dan jangan hanya termenung, menunggu dan melihat sahaja.
"Bersama kita berhujan, berselut, letih dan berkepenatan habis-habisan bantu saudara kita.  

Ayuh gerakkan semua jentera. Ambil kesempatan, gerakkan besar-besaran bantu mangsa banjir apa yang patut, tolong saudara kita dalam kesusahan," ujarnya lagi.
Justeru, katanya tidak perlulah menunggu orang menjemput atau arahan seorang demi seorang. - HARAKAHDAILY 20/12/2014

No comments:

Post a Comment