DUNGUN – Titisan air mata Mohd Zain Ismail, 64, yang cacat penglihatan
sudah cukup untuk menggambarkan perasaan hibanya tatkala dikunjungi dan
menerima sumbangan insan prihatin selepas kisahnya disiarkan semalam.
Menurut Mohd Zain, tiada kata-kata dapat diluahkan sebagai tanda penghargaan, apatah lagi sumbangan tersebut diterima di saat dia benar-benar memerlukannya.
Katanya, dia malu untuk berdepan dengan masyarakat kerana keadaan matanya, apatah lagi ingin menagih simpati meminta bantuan.
Namun, kesempitan mengatasi segala, lantaran faktor usia dan tiada tempat bergantung, dia tebalkan muka untuk memaparkan derita yang ditanggungnya selama ini.
Ternyata berita pasangan warga emas yang tinggal di Jalan Kubur, Kampung Tanah Lot ini menyentuh hati ramai orang.
"Kalau pakcik boleh kerja, pakcik tak akan minta bantuan, malu rasanya. Tapi disebabkan faktor usia dan tiada tempat bergantung, pakcik terpaksa menceritakan kisah hidup pakcik.
"Pakcik tiada pilihan, nak buat macam mana lagi, apa pun pakcik bersyukur kepada ALLAH SWT sebab dikurniakan rezeki sebegini,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Khatijah Mohamed, 71, berkata, selepas kisah suaminya tersiar, pondok usang disewanya dengan bayaran RM100 sebulan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.
Menurutnya, dia berasa terharu apabila ramai yang prihatin dengan nasib mereka.
Kata Khadijah, jika selama ini mereka hanya menanggung beban sendiri, namun kini ramai yang sudi membantu.
"Ada yang datang beritahu mereka dapat tahu cerita makcik melalui Sinar Harian," katanya.

No comments:
Post a Comment