Thursday, December 4, 2014

Menteri, MHB digesa berhenti main 'taichi'

4 Dec 2014
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) diselar kerana didakwa “mengelak bertanggungjawab” terhadap gesaan pelaksanaan pengauditan berkaitan isu KLIA2.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (kanan) berkata, kedua-dua pihak itu mengelak cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PCA) supaya MAHB diaudit berhubung isu sekitar lapangan terbang baru itu.

“Adakah kedua-dua pihak MAHB dan Kementerian Pengangkutan berpakat dan bermain 'taichi' dengan mengelak tanggungjawab yang dikemukakan dengan harapan itu itu secara saksi hilang daripada penelitian orang ramai?” soalnya.

PAC pada 25 November membentangkan laporan pedas terhadap laporan berkaitan MAHB dan KLIA2, yang menggesa audit dibuat terhadap kedua-duanya.

Pua menggesa Khazanah Nasional sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam MAHB untuk menuntut pengurusan tertinggi syarikat itu memulakan langkah 'mengalu-alukan' kemasukan juruaudit.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment