- Di pasar borong MPHTJ inilah tujuh mangsa disamun dua lelaki dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi semalam.
BATU BERENDAM - Bukan hendak membeli, tetapi dua lelaki bertindak
menyamun ‘secara borong’ harta dan barangan kepunyaan tujuh mangsa
termasuk sijil perniagaan dan kad nikah selain wang tunai kira-kira
RM5,000 di sebuah pasar borong, semalam.
Difahamkan, suspek turut dipercayai melepaskan tembakan sebelum melarikan wang tunai dan semua barangan peribadi milik mangsa menaiki motosikal dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Batu Berendam, di sini.
Kedua-dua suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh disyaki memberhentikan motosikal di hadapan pasar dipercayai melepaskan dua das tembakan ke udara dan menyamun mangsa berusia 19 hingga 56 tahun terdiri daripada peniaga dan pelanggan di pasar borong berkenaan.
Dalam kejadian itu, selain menyamun wang tunai kira-kira RM5,000 milik tujuh mangsa berusia 19 hingga 56 tahun terdiri daripada peniaga dan pelanggan di pasar borong berkenaan, penjenayah turut melarikan enam telefon bimbit pelbagai jenama milik mereka.
Mangsa yang enggan dikenali berusia 30-an berkata, dia yang berada di kedainya sedang bersiap untuk memulakan perniagaan di bahagian menjual ikan sebelum dikejutkan dengan dua bunyi letupan dipercayai bunyi tembakan.
“Kemudian dua lelaki yang menutup muka dan dipercayai masing-masing bersenjatakan pistol kemudian masuk ke pasar sebelum mengarahkan saya dan beberapa peniaga serta pelanggan menyerahkan wang tunai kepada mereka.
“Mereka kemudian melarikan diri dipercayai bersama dua lagi rakannya yang menunggu di luar pasar bersama dua motosikal, kejadian menyebabkan saya alami kerugian kira-kira RM400,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian peniaga di pasar borong itu baru sahaja memulakan perniagaan sebelum didatangi dua lelaki dipercayai bermotosikal dan memakai topi keledar berpenutup penuh serta berjaket.
“Kedua-dua suspek yang belum dikenal pasti identiti itu kemudian melarikan enam telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM5,000 selepas menyamun tujuh individu terdiri daripada peniaga dan pelanggan di pasar berkenaan dengan.
“Suspek yang disyaki bersenjata kemudian melarikan diri dipercayai dengan menaiki motosikal dan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Banda Hilir, dekat sini, semalam.
Shaikh Abdul Adzis berkata, rakaman litar tertutup di kawasan pasar borong berkenaan tidak berfungsi menyebabkan pihaknya sukar menjejak suspek namun masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan memburu suspek.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Sinar Harian
No comments:
Post a Comment