Tuesday, December 23, 2014

Dugaan AS tembak jatuh pesawat MH370 makin kuat

23/12/14

Dugaan AS tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines menguat Peta pencarian MH370. ©2014 Merdeka.com/wsj.com 
Keterlibatan tentera Amerika Syarikat dalam insiden hilangnya pesawat Malaysia Airlines bernombor MH370 pernah disebut beberapa kali. Kini wacana tersebut kembali dihembuskan. 

Bekas pemilik Proteus Airlines, Marc Dugain, yang mengaku akrab dengan teknologi pesawat Boeing meminta ada usaha serius menguak rahsia di Maladewa. Ramai sekali nelayan di negara kepulauan Samudera Hindi  itu sebetulnya sudah melapor melihat sebuah pesawat jatuh selepas 8 Mac 2014.
Lokasi jatuhnya pesawat nahas ini, dari maklumat yang dikumpulkan Dugain, dekat dengan Pangkalan Tentera  Diego Garcia yang dikelola AS.

"Para nelayan Maladewa itu melihat pesawat warna putih, merah, dan biru terbang rendah," kata Dugain kepada Majalah Paris Match, seperti dikutip Daily Mail, Selasa (23/12).

Ditambah lagi penemuan alat pemadam api di perairan dekat Pulau Baarah, Dugain semakin meyakini MH370 mengalami nasib malang di sekitar Maladewa. Bukannya di sisi selatan mendekati Indonesia, pantai Barat Australia, atau malah di Laut China Selatan.

Lantas kenapa Malaysia Airlines boleh melenceng dari route Kuala Lumpur-Beijing? Menurut Dugain, pesawat itu dikuasai jaringan pengganas. Komputer navigasi kemungkinan sengaja diarahkan menuju Pulau Diego Garcia.

Di kepulauan milik British itu, tentera Amerika  menempatkan 1,700 personel militer dan 1,500 kontraktor awam. Dugain meyakini, kerana menyedari MH370 terbang rendah dengan tujuan terorisme, maka tentera AS segera menembak jatuh pesawat tersebut.

"Saya boleh menduga seperti ini kerana saya tahu Boeing seperti yang digunakan Malaysia Airlines rentan dirampas melalui sistem remote control luar pesawat," kata Dugain.
"Dan cukup mengherankan, Pangkalan Tentera Diego Garcia yang sangat hebat boleh kehilangan jejak pesawat ini," tambahnya.

Dugaan keterlibatan Amerika sudah pernah disebutkan oleh CEO   Emirates Tim Clark ketika diwawancara Der Spiegel. Dia curiga MH370 sebetulnya tidak hilang, tapi disembunyikan di suatu tempat. Pernyataan Clark mengarah pada keterlibatan tentera Pulau Diego Garcia.

Ketika pencarian MH370 dimulai, AS langsung mengatakan tidak melihat ada pesawat di kawasan sekitar Pulau Garcia atau Maladewa.
sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment