Monday, December 8, 2014

Hanya kerana kacang, Pramugari di usir turun dari pesawat

08/12/2014 

 
Gambar hiasan (Asia One)
Seoul -  Pihak berkuasa Korea Selatan sedang menyiasat insiden pengusiran salah seorang kru pesawat Korean Air Lines yang berdampak penundaan penerbangan. Dilaporkan insiden ini melibatkan anak perempuan bos Korean Air Lines sendiri.

Seperti dilansir Reuters, Isnin (8/12/2014), laporan ini sedang disiasat oleh Kementerian Pengangkutan Korea Selatan. Disebutkan bahawa pesawat   yang sudah berada di landasan,  terpaksa  bergerak kembali ke boarding gate demi 'menurunkan' salah seorang pramugarinya.

Heather Cho (40) yang merupakan salah seorang  anak perempuan bos Korean Air Lines, duduk di kerusi kelas satu dalam penerbangan dari Lapangan |Terbang Internasional John F. Kennedy, New York ke  Lapangan  Terbang Incheon, Seoul pada Jumaat (5/12) lalu. Dilaporkan sumber industri setempat dan media tempatan, Cho bermasalah dengan salah seorang awak pesawat kerana awak pesawat tersebut memberinya snack kacang macadamia dalam plastik, bukannya dalam bentuk hidangan makanan.

Cho yang menjawat Wakil Presiden Direktur Korean Air Lines Co lantas memanggil ketua pramugari kabin untuk menyoalnya tentang  apakah anak buahnya yang bermasalah dengannya, mengikuti manual layanan penerbangan. Maklumat  ini disampaikan oleh sumber yang mengetahui persoalan ini, namun menolak disebut namanya kerana sensitifnya persoalan ini.

Ketika ketua awak kabin itu tidak mampu menjawab pertanyaannya dengan segera, Cho dengan segera memerintahkan agar wanita itu  turun dari pesawat. Akibatnya, juruterbang terpaksa mengarahkan pesawat kembali ke boarding gate.

Dalam keterangan terpisah, pihak Korean Air memastikan bahawa sosok eksekutif yang terlibat dalam insiden ini memang benar Cho. Namun mereka menyatakan, Cho tidak bersedia berkomentar kepada media.

Akibat insiden ini, penerbangan Korean Air route New York-Incheon terlambat mendarat 11 minit dari jadual. Disebutkan bahawa keputusan untuk mengusir ketua kru kabin pesawat telah dikonsultasikan dengan juru terbang pesawat. Namun tidak dijelaskan lebih lanjut alasan pengusiran ketua kru  kabin tersebut.

Kementerian Pengangkutan Korea  Selatan   hanya menuturkan bahawa pihaknya  sedang menyiasat kes yang melibatkan Wakil Presiden Direktur maskapai tersebut. Kementerian Pengangkutan Korea  Selatan menegaskan, akan mengambil tindakan tegas jika terbukti ada pelanggaran hukum atau aturan industri.

Heather Cho merupakan anak tertua dari tiga bersaudara yang merupakan anak CEO Korean Air, Cho Yang-ho. Ketiga anak Cho Yang-ho memang diketahui memegang jabatan eksekutif pada syarikat perkapalan tersebut.
sumber: detikNews

No comments:

Post a Comment