5/12/14
Bayi di China baru dilahirkan hendak dimakan ibunya. mirror.co.uk©2014 Merdeka.com
Seorang jururawat terkejut mendapati ibu baru melahirkan mencuba memakan
bayinya. Tangan bayi itu sudah terkoyak sedikit dan ini mengundang
kengerian bagi rumah sakit itu.
Surat khabar Mirror melaporkan, pada Jumaat (5/12), wanita diidentifikasikan sebagai Li Zhenghua didapati sedang menggigit bayinya dengan gigi taring dia. Jururawat bernama Liu Tianlun mencuba menarik si bayi tapi wanita itu menolak melepaskannya.
Doktor mencuba memujuk perlahan-lahan sebelum akhirnya menyuntikkan ubat penenang.
Peristiwa ini terjadi di sebuah rumah sakit di Kota Shenzhen, Wilayah Guangdong. Wanita itu mulanya hendak melahirkan di jalan dan dibantu oleh pekerja-pekerja di sana.
Dia lalu dikejarkan ke rumah sakit dan melahirkan di sana, lalu ditempatkan di kamar berdekatan dengan bayinya . Namun di hari ketiga peristiwa mengerikan itu terjadi. "Ini benar-benar mengejutkan. Tangan bayi mungil itu mengalami kerosakan, koyak, dan berdarah akibat gigitan ibunya," ujar jurucakap rumah sakit itu.
Untungnya doktor cepat mengambil tindakan dan bayi itu kini dibawa di lokasi lebih selamat.
Polis mengusut kejadian ini. Dipercayai Li Zhenghua stres lantaran dicampakkan ibu mertuanya di jalan sebab dia berlaku aneh. Keluarga Zhenghua juga tidak tahu yang dia hamil.
Jika wanita itu tidak dapat merawat bayinya, otoriti China berjanji menjaga anak itu.
sumber: Merdeka.com
No comments:
Post a Comment