Lelaki dipenjara seumur hidup kerana bekap 2 puterinya dengan bantal
8/12/2014
Seorang lelaki Melbourne yang membunuh dua
puteri kecilnya dengan membekap mereka menggunakan bantal, telah dijatuhkan
hukuman penjara seumur hidup.
Charles Mihayo, 36 tahun, membunuh puterinya Savannah, 4 tahun, dan Indianna, 3 tahun, di apartmennya, pada bulan April.
Pada
bulan Ogos, dia mengaku bersalah atas pembunuhan itu dan hari ini, dia dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Agung dengan hukuman minima 31 tahun penjara.
Photo:
Indianna, 3, (left) and Savannah, 4, were at the centre of a bitter
custodial dispute. (Supplied) abc.net Pendakwa mengatakan,ketika itu, Charles terjebak dalam perselisihan sengit
mengenai hak penjagaan anak dengan ibu dua gadis kecil itu, yakni mantan
isterinya, dan telah bertindak seperti itu untuk balas dendam.
Dalam
perbicaraan terungkap, Charles mengirim pesan ke mantan isterinya sesaat
sebelum dia membunuh dua puterinya seraya menyebut bahawa sang mantan
telah "menang", dan dia menyerah atas haknya untuk bertemu kedua gadis
kecil itu.
Charles mengatakan kepada sang mantan isteri bahawa dia
ingin melihat mereka "untuk terakhir kalinya" dan ketika sang ibu
membawa mereka untuk melihat Charles, lelaki ini mendandani dua gadis
cilik itu dengan gaun baru yang sengaja dia belikan untuk mereka.
Charles
kemudian merakam Savannah dan Indianna yang sedang menari dengan
iringan muzik, sebelum akhirnya membekap mereka dengan bantal.
Setelah membunuh mereka, Mihayo memandikan keduanya, kemudian mendandani mereka dalam gaun balerina.
Ia
kemudian menelepon nombor telepon kecemasan untuk melaporkan pembunuhan berganda dan ketika polis tiba dia berkata: "Sudah terjadi, saya sudah
membunuh mereka. Saya sudah membunuh anak-anak saya sendiri."
Charles
ditangkap di tempat kejadian dan mengaku kepada polis , bahawa ‘tak ada
alasan yang baik &rsquo untuk membunuh mereka, tetapi ketika itu dia
merasa tindakannya ‘masuk akal &rsquo.
Ketika polis bertanya
mengapa dia telah membunuh puterinya, dia mengatakan "Anda harus bertanya
padanya," yang bererti mantan isterinya.
Dalam pembacaan keputusan,
Hakim Agung negara Victoria, Lex Lasry, mengatakan, konflik
dengan sang mantan isteri telah memotivasi Charles untuk melakukan
‘kejahatan yang mengerikan &rsquo.
"Saya hanya tidak mengerti
mengapa, ketika adu argumen tentang anak-anak ini berlangsung antara anda dengan mantan isteri anda, anda membuat kedua gadis kecil itu
membayar dengan nyawa mereka, hanya untuk menyakiti dan melukai mantan
isteri anda," katanya.
Hakim Lex mengatakan, Charles telah menunjukkan ‘naluri manusia yang paling dasar &rsquo.
"Anda
memutuskan untuk menunjukkan kepada mantan isteri anda bahawa dia tidak
memiliki kontrol atas anak-anak dan hubungan mereka dengan anda yang
selama ini ia fikir punya," jelas sang hakim.
Hakim mengatakan, walau Charles telah bertanggung jawab atas apa yang telah dilakukannya, dia tampaknya tidak menyesal.
"Saya
sama sekali tidak yakin bahawa anda memiliki rasa tulus atau keinginan
untuk mengubah dosa atau kesalahan anda, yang boleh membuat saya
menyimpulkan bahawa anda menyesal," katanya.
Ia menyambung, "Anda tak nampak hancur atau sangat bersedih atas kesalahan anda."
Murderer Charles Mihayo is lead in to the supreme court of Victoria on Thursday.Photograph: Julian Smith/AAPsumber: detikNews
No comments:
Post a Comment