Monday, December 22, 2014

Lim: Sampai masa PM dukung suara '25 Melayu'

22 Dec 2014
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyokong syarat terbuka '25 Melayu terkemuka' sebagai dukungan untuk seruan kesederhanaan menentang ekstrimisme.

Lim berkata, sokongan sebegitu akan menghantar mesej jelas ke seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia sepenuhnya memberikan komitmen terhadap amalan kesederhanaan.

“Persoalannya sama ada Najib akan tunjukkan kepimpinannya untuk suara-suara kesederhanaan,” tambahnya.

Kumpulan 25 orang itu dalam suratnya sebelum ini menggesa Najib menunjukkan kepimpinan berdepan perkembangan ekstrimisme dan keadaan tiada tolak ansur dalam negara ini.

Setakat ini, perdana menteri masih belum memberikan sebarang reaksi, termasuk terhadap cadangan menubuhkan panel pakar untuk menyelesaikan konflik antara undang-undang Islam dan sivil.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment