Sunday, December 28, 2014

Najib pertahan 'diplomasi golf' dengan Obama

27 Dec 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan riadahnya bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang disifatkan sebagai “diplomasi golf”.

Katanya, permainan golf di pulau percutian Hawaii itu adalah hasil jemputan Obama yang berkunjung ke Malaysia awal tahun ini.

Permainan golf dengan pemimpin negara lain juga menjadi amalan bekas timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan juga bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Setiap pagi semasa saya di luar negara saya mengikuti perkembangan dalam negara. Ekoran kejadian banjir yang semakin buruk, saya memutuskan untuk pulang ke Malaysia.

"Saya terus menuju ke Kota Bharu dan masih belum pulang ke rumah lagi,” katanya seperti dipetik dalam laporan berita TV1 malam ini.

Katanya, kunjungan itu merupakan pengiktirafan kepada peranan Malaysia yang bakal mengetuai gabungan kerjasama negara-negara ASEAN tahun depan.

Najib bergegas ke Kota Bharu yang teruk dilanda banjir itu selepas kritikan meluas kerana bercuti ketika negara dilanda banjir yang menyebabkan lebih 100,000 orang hilang tempat tinggal.

Percutiannya itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat termasuk Washington Post dan New York Times.
Malaysiakini

1 comment:

  1. Janganlah cuba memberi seribu alasan untuk mempertahan perbuatan diri yg jelas salah dari apa sudut sekalipun. Kamu diangkat oleh rakyat negara ini untuk menjaga kebajikan mereka, bukan Obama atau Amerika yg melantik kamu. Siapakah yg lebih penting Obama atau Rakyat yg sedang mengalami pederitaan??? Pemimpin2 besar dunia yg bertanggungjawab sedia meninggalkan persidangan PBB apabila krisis melanda negara mereka, Obama is nothing compared to the UN. Apabila ketua menunjukkan sifat tak peduli kepada keadaan negara, perangai buruk ini diikuti oleh anak2 buahnya. Dimana Hishamuddin, Mazlan dan kebanyakan menteri sekarang? Sudah tahu bulan Disember adalah musim tengkujuh dan selalunya beberapa negeri akan menghadapi banjir, kenapa masa ini masing2 sibuk nak bercuti ke luar negara? Ingat cuti tersebut menggunakan wang rakyat. Adakah patut menteri2 berseronok diluar negara menggunakan wang rakyat di masa sama rakyat sedang berhadapan dengan kesusaha? Insaflah.

    ReplyDelete