8 Dec 2014
8/12/14
Tuntutan Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) supaya pihak berkuasa agama
Islam Selangor memohon maaf kerana mengecop Bible yang Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) sebelum ini, disambut keras oleh NGO Islam.
“Tindakan
BSM melampau kerana apa yang dilakukan oleh pihak JAIS adalah untuk
mempertahankan akidah umat Islam,” Presiden Pertubuhan Belia Islam
Nasional (PEMBINA), Ibrahim Mohd Hasan dipetik sebagai berkata.
Ibrahim juga berkata, sepatutnya Ng yang perlu meminta maaf kepada umat Islam ekoran kenyataannya semalam, lapor laman web NGO itu.
Presiden BSM Datuk Ng Moon Hing semalam menuntut pihak berkuasa agama Selangor memohon maaf kerana mengecop Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Selangor sebelum ini.
Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja mencemarkan kitab suci, malah menyebabkannya tidak boleh lagi diedar dan digunakan.
C
op
itu menyatakan naskhah itu hanya untuk kegunaan bukan Islam sahaja,
seperti termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan
Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Sementara itu, PEMBINA juga menggesa Menteri Besar Selangor Azmin Ali lebih tegas mempertahankan prinsip dan kepentingan umat Islam di negeri itu, lapor portal itu lagi.
Sebanyak 30 Bible yang dicop itu antara 321 yang dirampas daripada BSM pada 2 Januari dan dipulangkan kembali awal bulan ini dalam majlis disertai sultan Selangor.
“Saya minta supaya MB Selangor jalankan tanggungjawab. Jangan membisu apabila ada pihak yang cuba bermain dengan sensitiviti umat Islam,” beliau dipetik sebagai berkata.
Ibrahim juga berkata, sepatutnya Ng yang perlu meminta maaf kepada umat Islam ekoran kenyataannya semalam, lapor laman web NGO itu.
Presiden BSM Datuk Ng Moon Hing semalam menuntut pihak berkuasa agama Selangor memohon maaf kerana mengecop Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Selangor sebelum ini.
Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja mencemarkan kitab suci, malah menyebabkannya tidak boleh lagi diedar dan digunakan.
C
Sementara itu, PEMBINA juga menggesa Menteri Besar Selangor Azmin Ali lebih tegas mempertahankan prinsip dan kepentingan umat Islam di negeri itu, lapor portal itu lagi.
Sebanyak 30 Bible yang dicop itu antara 321 yang dirampas daripada BSM pada 2 Januari dan dipulangkan kembali awal bulan ini dalam majlis disertai sultan Selangor.
“Saya minta supaya MB Selangor jalankan tanggungjawab. Jangan membisu apabila ada pihak yang cuba bermain dengan sensitiviti umat Islam,” beliau dipetik sebagai berkata.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment