25/12/14
Kejadian
di Rusia ini terhetung permintaan maaf paling ekstrem dilakukan seorang
suami pada isterinya. Tak tanggung-tanggung, 45 buah kereta disewa hanya untuk
disusun membentuk kata 'maaf' ketika dilihat dari udara.
Surat khabar the Independent, Khamis (25/12), melaporkan permintaan maaf ekstrem itu terjadi di kota Surgut, wilayah tengah Rusia. Puluhan kenderaan roda empat itu didatangkan bersama para pemandunya sejak siang hingga malam.
Puluhan kenderaan ini disuruh membentuk formasi yang bila dibaca menjadi 'Prostii', ertinya 'maafkan aku' dalam bahasa Rusia. Sebahagian melingkar, sehingga nampak seperti lambang hati.
Lelaki ini lantas merakam formasi kereta-kereta tersebut dari bangunan di seberang tempat parkir. sang isteri yang sedang marah diajak serta.
Dari video yang kini viral kerana disebarkan oleh Ruptly itu, terdengar suara sang isteri tertawa-tawa. Patut diduga, wanita tersebut tersentuh dan menerima permintaan maaf pasangannya.
Hingga berita ini dilansir, tidak diketahui apa kesalahan si lelaki sampai terpaksa susah payah sekadar untuk minta maaf.
sumber: Merdeka.com
No comments:
Post a Comment