Thursday, December 18, 2014

Sekumpulan Orang Asli daripada NGO (JKOAP) terkejut dengan kain rentang "Terima Kasih MB"

18 Dec 2014

'MB cuba alih perhatian dengan majlis makan'

Sekumpulan Orang Asli daripada NGO Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Adnan Yaakob semalam.

Memorandum itu antara lain menyatakan masalah yang dihadapi mereka termasuk pengiktirafan dan pencerobohan di wilayah dan tanah adat yang diduduki mereka.

Bagaimanapun, kumpulan itu berkata mereka terkejut apabila setibanya perkarangan Bangunan Wisma Seri Pahang, Adnan menyediakan majlis makan tengah hari kepada mereka.

Mereka juga mendakwa satu kain rentang bertulis "Terima Kasih MB" turut dipasang.

Penyelaras JKOAP Shafie Dris (kiri) mendakwa, Adnan cuba mengalihkan perhatian masyarakat Orang Asli daripada masalah yang dihadapi.

Mereka juga mendakwa beliau cuba mempengaruhi Orang Asli yang lain yang tidak tahu masalah tersebut, seoalah-olah semuanya baik.

"Kami ke sana untuk menyerahkan memorandum, tiba-tiba ada majlis untuk Orang Asli. Mereka cuba mengalihkan perhatian kami dari menyerahkan memorandum itu," kata Shafie.

Beliau mendakwa, kebanyakan Orang Asli menolak jemputan itu.

"Menteri besar kecewa dengan kami kerana kami tidak mahu menyertai majlis itu. Beliau yang ada di situ langsung tidak mahu bercakap dengan kami dan beredar kembali ke dalam bangunan," kata Shafie kepada Malaysiakini.
Malaysiakini. 

No comments:

Post a Comment