Wednesday, December 3, 2014

Wanita Bunuh Diri dengan Masuk ke Dalam Peti Sejuk

 3/12/14
 
SHUTTERSTOCK. Gambar hiasan

MELUN, KOMPAS.COM — Seorang wanita Perancis berusia 57 tahun yang mengatakan dirinya menderita "kesepian parah" telah ditemui meninggal di dalam peti sejuknya. Menurut polis , Selasa (2/12/2014),wanita tersebut sepertinya bunuh diri dengan cara mengurung diri di dalam  peti sejuk.

Sejumlah petugas anggota bomba mendapat temuan mengerikan itu ketika mereka dipanggil ke rumah  wanita itu di pinggiran Paris pada Isnin setelah puterinya mengatakan bahawa dia "khuatir kerana dia tidak khabar dari ibunya."

Setelah melakukan pencarian, mereka akhirnya menemui jenazah  wanita itu. "(Perempuan itu) meringkuk di dalam peti sejuk ," kata satu sumber polis  kepada AFP. "Dia mengunci diri di sana untuk bunuh diri," tambah sumber itu.

Pihak berwenang juga menemui lima surat dari wanita itu yang ditujukan kepada beberapa anggota keluarganya. Dia, yang hidup sendiri di tempat tinggalnya, menjustifikasi tindakannya dengan mengatakan bahawa dia "menderita sejumlah penyakit dan sangat kesepian."
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment