KUALA LUMPUR: Pejabat Adun Bangi dan Bangi Care
Malaysia mensasarkan pembinaan 55 unit Rumah Rakyat Bangi Care untuk
mangsa banjir Pantai Timur.
Pembinaan rumah kekal itu menggunakan teknologi ‘Galvanise Insulation Foam’ yang bersifat kedap bunyi, tahan gegaran, mudah alih dan tahan haba.
Lebih menarik, teknologi itu mampu menahan haba yang tinggi selama 82 minit sekiranya berlaku kebakaran.
Tempoh itu membolehkan penghuni rumah menyelamatkan diri selari dengan peraturan keselamatan ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Memetik laporan Selangor Kini, projek satu unit rumah fasa kedua berkeluasan 700 kaki persegi boleh siap dipasang dalam masa satu hari sekaligus menjimatkan masa.
Jurutera Teknikal, Hanapiah Khalid berkata, rumah ini akan dibina di atas tanah persendirian milikan tunggal yang menempatkan tiga bilik tidur, satu ruang tamu, dapur dan bilik air.
Pembinaan rumah ini dijangka akan bermula awal Februari 2015 dengan kos bernilai RM48,000 seunit.
Dianggarkan kos bernilai RM2.7 juta diperlukan bagi menempatkan kediaman ini di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai.
Pembiayaan projek itu dibahagikan kepada tiga cara iaitu 100 peratus oleh Bangi Care, 100 peratus sumbangan korporat dan 50 peratus pemilik tanah sementara selebihnya oleh Bangi Care atau korporat.
Majlis perasmian projek itu telah disempurnakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sambil diiringi Adun Bangi, Mohd Shafei Ngah.
Menyentuh projek fasa pertama, Bangi Care telah menyumbang tiga unit rumah berkembar sebagai penempatan sementara di kawasan sama.
Rumah berkembar berkeluasan 400 kaki ini diletakkan di atas tanah kerajaan mampu menempatkan enam buah keluarga.
Reka bentuk rumah seperti Semi-D ini menempatkan satu ruang tamu, sementara tandas dan dapur diletakkan diluar rumah serta dipisahkan dengan satu dinding.
Keutamaan untuk rumah sementara diberikan kepada keluarga yang sangat daif dan mempunyai ahli keluarga yang baru sahaja melahirkan anak.
Kos yang dibelanjakan untuk tiga unit berkembar ini adalah RM90,000.
Pembinaan fasa pertama akan bermula Sabtu ini dan bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan.
Secara keseluruhan sebanyak 1,850 buah rumah musnah di Kuala Krai akibat bencana banjir bulan lalu.
Sumbangan boleh diserahkan ke akaun Mybank Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi, 562834616185.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Hanapiah Khalid di talian 019-389 7763.

No comments:
Post a Comment