Sinar Harian
GEORGETOWN - Hukuman merotan dilihat tidak perlu dimasukkan dalam
peruntukan undang-undang kerana akta sedia ada sudah cukup untuk
menghukum mereka yang menjurus kepada penderaan.
Exco AMK Pusat, Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri berkata, Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 sudah merangkumi perbuatan itu (merotan) sebagai satu perbuatan yang berbentuk penderaan emosi dan fizikal.
Beliau yang juga ahli majlis pimpinan negeri, berkata akta sedia ada sudah merangkumi semua aspek dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
"Oleh itu, apa rasional untuk memasukkan juga perkataan 'merotan' ini dalam peruntukan undang-undang? Tidakkah dilihat implikasi besar yang bakal menimpa ibu bapa mahupun guru kelak?" katanya kepada media, hari ini.
Walaupun sudah dijelaskan bahawa perbuatan merotan itu akan diperincikan, beliau tetap tidak bersetuju dengan tindakan itu.
"Kita tetap berpandangan bahawa isu ini sepatutnya tidak ditimbulkan. Jika sebelum ini pelbagai pihak di Malaysia mengkritik tindakan mahkamah Sweden yang mengenakan hukuman penjara kepada pasangan suami isteri dari Malaysia yang didakwa merotan anak mereka kerana enggan menunaikan solat, adakah Malaysia juga ingin mengikut contoh yang sama?
"Langkah ini amat tidak praktikal dengan budaya dan fahaman majoriti masyarakat kita yang beragama Islam yang mengesyorkan hukuman rotan untuk mendidik anak atau isteri jika teguran tidak diendahkan. Hal ini disahkan oleh beberapa dalil hadis sahih yang menggariskan adab dan syarat tertentu," katanya.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara sudah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Sementara itu, Mohd Izad berkata, tindakan menteri berkenaan menimbulkan persoalan seolah-olah Malaysia didesak pihak tertentu untuk melaksanakan akta baharu itu.
"Perjanjian CRC yang dirujuk oleh menteri berkenaan tidak menyebut perbuatan merotan secara khusus. Apakah ada desakan dari pihak tertentu kepada Malaysia untuk melaksanakannya?
"Saya menggesa kerajaan untuk mengubal akta penjagaan dan kebajikan ibu bapa seperti yang dilaksanakan di beberapa negara seperti India, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura," katanya.

No comments:
Post a Comment