Monday, January 26, 2015

Kanak-kanak 12 tahun diburu polis kerana curi kalong berlian

26/1/15



 
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sedang diburu polis  Wilayah Administratif Hong Kong, China dipercayai mencuri kalung berlian bernilai £3juta .

The Daily Mail melaporkan pada Ahad (25/1), pencuri cilik itu juga nekat melakukan aksinya di depan para pegawai kedai perhiasan itu. Polis  mengatakan kanak-kanak tersebut tidak bekerja sendirian. Dia bersama seorang lelaki dan dua orang wanita  berusia sekitar 30-40 tahun.

Dengan berpakaian mentereng dan berbahasa China para pelaku dewasa ini berusaha mengalihkan perhatian para pekerja sementara pencuri kecil mengambil kunci etalase dan membukanya, lalu mengambil kalung itu.

Kanak-kanak  itu tertangkap kamera pengintai (CCTV) nampak sangat tenang meninggalkan pusat perbelanjaan Tsim Sha Tsui. Polis  percayai dia menukar penampilannya sebelum akhirnya naik teksi dan pergi demi tak terlacak jejaknya.

Ketika masuk kanak-kanak itu mengenakan busana warna merah jambu namun ketika menyelesaikan aksinya, pakaian dia berubah menjadi baju kelabu, seluar jins, dan bersepatu hitam. Anak itu juga memiliki tubuh langsing.

Pegawai kedai  itu benar-benar tak sedar kalung emas 100 karat bertahtakan 30 berlian telah berpindah tempat.


Police are hunting a 12-year-old girl over the theft of a £3million necklace from the Emperor Jewellery shop in Hong Kong (pictured)
Police are hunting a 12-year-old girl over the theft of a £3million necklace from the Emperor Jewellery shop in Hong Kong (pictured)

No comments:

Post a Comment