Tuesday, January 27, 2015

Kot chinchilla: Ramai cari maklumat di internet

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak tahu apa itu chinchilla. Nama itu timbul di media sosial sehingga membuatkan para netizen mula mencari di internet apakah itu chinchilla selepas ianya dikaitkan dengan sehelai kot yang dipakai oleh seorang kenamaan negara ini.

Rupanya Chinchilla adalah sejenis binatang  yang jinak dan mirip tikus yang bertelinga besar, sekali tengok seakan tupai arnab.

Chinchilla ini berasal di Pergunungan Andes yang juga dikenali sebagai tikus baldu, villi tetikus, dan tikus emas.

Ianya mempunyai bulu yang tebal dan selembut baldu sehingga kutu tidak boleh menusuk ke kulit. Bulu yang sangat tebal dikatakan memberi kehangatan kepada si pemakai dan sangat sesuai untuk musim sejuk.

Di awal abad ke-20 chinchilla diburu oleh manusia untuk membuat pakaian, kerakusan ini menyebabkan binatang ini sedang menghadapi kepupusan. Kini Chinchilla diternak untuk memenuhi permintaan manusia.

Sebanyak 200 ekor chinchilla dikorbankan untuk menghasilkan satu kot labuh yang bernilai $44,990 oleh orang berkenaan.

Namun, kot chinchilla yang dipakai oleh seorang rakyat Malaysia ini dikatakan yang terkini, kerana ada pelbagai corak dan potongan yang boleh dibeli dengan harga lebih murah bawah $5,000.

Bahkan harganya sehelai kot ini menjadi mahal kerana ianya dipengaruhi oleh kualiti, jenama, jenis rekaan, bilangan unit (satu atau dua helai di dunia), tempahan khas dan pernah dipakai oleh ikon terkenal. Kot Chinchilla ini juga dikaitkan dengan lambang kemewahan si pemakainya. - HARAKAHDAILY 27/1/2015

No comments:

Post a Comment