7 Jan 2015
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah meminta
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi untuk meneliti semula
perkara berkaitan pemecatan hampir 30 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd
(PHSB).
Azmin yang merupakan salah seorang "mangsa" pemecatan itu berkata, beliau tidak akan lepas tangan berhubung perkara itu.
Malah, katanya, beliau juga akan memastikan kakitangan anak syarikat PKNS yang terlibat mendapat keadilan.
"Saya salah seorang mangsanya. Jadi tak benar jika kata saya lepas tangan. Memang kita beri perhatian dan dah minta datuk setiausaha untuk meneliti perkara ini sama ada penamatan itu ikut undang-undang yang ada.
"Sekiranya tidak, keperluan untuk memberikan keadilan kepada pegawai yang terlibat harus diberikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.
Pada Februari tahun lalu, kakitangan kontrak PHSB itu dipecat dengan notis 24 jam.
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam pemecatan itu dan menganggap pemberhentian itu kerana kontrak kakitangan itu tidak dilanjutkan.
PKNS dilapor berkata tindakan itu hanya satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus yang mengutamakan perkhidmatan cekap.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment