30 Januari 2015
81.cn
Ren Zhigang memberikan hormat tentera kepada isterinya untuk berpisah menjalankan tugas negara.
YUNAN - Pertemuan singkat tapi manis dirasakan Ren Zhigang, seorang tentera China
dan isterinya, Huang Wei. Keduanya adalah pengantin baru yang menikah
pada Oktober 2014 lalu. Lantaran tugas, keduanya harus berpisah
sementara waktu.
Waktu juga mempertemukan keduanya dalam perjumpaan singkat pada 24
Januari 2015. Sehari sebelumnya, Huang mendengar khabar bahawa unit tentera
di mana suaminya bergabung akan melewati daerah itu selama pelatihan tentera .
Di hari yang ditentukan, Huang muncul di pintu masuk SMA Huaning di Wilayah Yunnan dengan beberapa ubat China,
tiga kotak jeruk dan puluhan botol air mineral, sambil menunggu
suaminya melintas. Orang yang ditungggu itu akhirnya datang juga.
Ren adalah kapten pasukan artileri yang ditempatkan di Yunnan. Dia gembira setelah melihat isterinya yang sudah menunggu dari tadi. Inilah
pertemuan mereka pertama pasca pernikahan Oktober tahun lalu. Hampir dua
jam Huang menunggu Ren di tempat itu.
Mereka kemudian asyik berbual sambil membahagi-bahagikan air dan jeruk
untuk tentera hari itu. Setelah dua minit bicara, Huang dan Ren
berpelukan lalu berpisah. Tak lupa Ren memberi hormat ala tentera kepada
orang yang dicintainya.
Ramai pengguna sosial media seantero China
memberi isyarat sticker very good pertemuan romantik pengantin baru itu. Foto-foto
pertemuan keduanya pun banyak disukai para netizen. (Shanghaiist/81.cn)
Sumber:TRIBUNNEWS.COM
No comments:
Post a Comment