22 Jan 2015
Kerajaan Terengganu melarang pemimpin politik termasuk wakil
rakyat menjadi khatib, imam dan membaca khutbah di seluruh masjid di
negeri itu berkuatkuasa bulan ini.
Larangan itu susulan titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua masjid di negeri itu bebas daripada unsur politik kepartian yang menyumbang kepada pepecahan, lapor Berita Harian hari ini.
Laporan yang memetik Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rozali Saleh berkata satu pekeliling mengenai larangan itu telah dikeluarkan kepada semua pihak berkenaan akhir bulan lalu.
"Pengurusan masjid juga tidak dibenarkan menampal gambar mana-mana pemimpin, (dan) logo.
"Larangan ini selaras dengan titah Sultan Terengganu yang mahu masjid dijadikan pusat bagi umat Islam bersatu padu tanpa mengira fahaman politik," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Laporan itu juga menyebut, Rozali berkata pihaknya sedang meneliti mengenai 11 markas parti yang dikenalpasti dijadikan surau dan masjid sejak 32 tahun lalu, sebelum membuat keputusan.
Bagaimanapun laporan akhbar itu tidak menyebut parti yang dimaksudkan.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment