Thursday, January 29, 2015

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, betulkan fakta tuan

AHMAD FADHLI SHAARI | .
SAYA ditunjukkan oleh beberapa orang sahabat di bidang media dengan satu keratan akhbar Cina, Sin Chew Daily bertarikh 27 Januari lalu yang menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng berhubung rasuah dan integriti. Di dalam masa yang sama, beliau juga dilaporkan mengulas berkenaan isu banjir di Kelantan.

Seorang sahabat saya berbangsa Tionghua menterjemahkan kenyataan beliau seperti berikut, “Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan.”

Beberapa orang sahabat lain yang juga berbangsa Tionghua telah mengesahkan bahawa terjemahan ini merupakan makna yang tepat terhadap keratan akhbar Sin Chew Daily tersebut. Lebih menarik, mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan ini.

Saya suka untuk memohon agar Yang Amat Berhormat Tuan Ketua Menteri agar dapat membuat penafian terhadap laporan akhbar ini jika ia tidak diucapkan oleh beliau. Adalah menjadi tanggungjawab Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk segera mengambil tindakan perlu sekiranya berlaku salah lapor di pihak akhbar terhadap kenyataan beliau.

Namun, sekiranya laporan itu tepat sebagaimana yang disebut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, saya kira Yang Amat Berhormat telah mengeluarkan satu kenyataan yang kurang tepat. Barangkali kerana kegagalan Yang Amat Berhormat untuk bersua wajah dengan Menteri Besar Kelantan sewaktu melakukan lawatan tempoh hari menyebabkan Yang Amat Berhormat keliru. Jika Yang Amat Berhormat sedikit sabar di dalam mencari fakta sebenar, saya kira Yang Amat Berhormat tidak akan tergamak mengeluarkan kenyataan demikian. Samalah jika Yang Amat Berhormat sedikit bersabar pada pagi 9 Januari 2015 sewaktu tiba di Lapangan Terbang Kota Bharu, tentunya Yang Amat Berhormat dapat bersua wajah dengan Menteri Besar Kelantan yang tiba di sana khusus untuk menyambut Yang Amat Berhormat.

Tahukah Yang Amat Berhormat bahawa sebelum banjir memuncak di Kelantan pada 20 – 26 Disember 2014 yang lalu, Menteri Besar Kelantan telah melakukan lawatan setiap hari ke lokasi-lokasi yang terjejas banjir gelombang pertama? Menteri Besar Kelantan turun ke Rantau Panjang dan diarahkan Timbalan Menteri Besar pula ke Kuala Krai.
 Read More 

No comments:

Post a Comment