20/02/2015
MACHANG - Sebanyak 2,600 keluarga yang kehilangan kediaman akibat banjir pada Disember lepas, akan menduduki rumah baharu yang dibina oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan sebelum Ramadan ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 rumah akan dibina oleh kerajaan Persekutuan dan bakinya akan dibina oleh kerajaan Kelantan.
"Kita akan bina (rumah) tanpa mengira fahaman politik dan agama, semua rakyat Kelantan yang terlibat dengan bencana itu akan memiliki rumah secara percuma," katanya selepas merasmikan penyerahan kunci rumah kekal mangsa banjir di Desa Rahmat di sini hari ini.
Seramai 10 mangsa banjir yang kehilangan rumah di Temangan masing-masing menerima kunci rumah mereka hari ini yang membabitkan peruntukan pembinaan sebanyak RM400,000.
Ahmad yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan memberi keutamaan supaya mangsa banjir yang kehilangan rumah, dapat menduduki rumah baharu dengan seberapa segera. - Bernama
HANYA BERBAGI PENGALAMAN, KEMARIN SAYA BERHASIL MENANG TOGEL 100 JUTA BERKAT ANGKA YANG DIBERIKAN KY DARMO. JIKA TIDAK PERCAYA BUKTIKAN SENDIRI, HUBUNGI KY DARMO DI NOMOR 0_8_2_3_1_0_1_4_2_2_5_5. DIJAMIN TEMBUS 100%…
ReplyDelete