10/2/15
Xie
Benzong (24 tahun), mati dipukul anak seorang pegawai di China
selepas berselisih soal ganti rugi. Anjing milik putera pegawai bernama
Guo Bin itu sebelum insiden sempat menggigit mangsa.
Xie sedang berjalan di taman pusat Kota Changsa pada 30 januari lalu,
sebelum tiba-tiba digigit dua anjing milik Guo Bin, seperti dilansir
South China Morning Post, Isnin (9/2).
Guo yang bekerja sebagai pekerja di situ mulanya menolak disalahkan,
lantas memukul Xie. Sedar bahawa korban nyaris meninggal, dia menghantarkan
lelaki malang itu ke rumah sakit dan memberikan gantirugi sebanyak 300
yuan.
Belakangan rumah sakit memberi tahu biaya rawatan Xie mencapai
1,000 yuan. Polis sempat memanggil dan menyuruh Gou membayar selisih
600 yuan.
Anak pegawai Parti Komunis ini malah menolak bertanggung jawab.
Kelmarin, Xie akhirnya meninggal kerana cedera dalam, lima hari setelah
dirawat.
Khabar arogansi anak pegawai ini segera menyebar di jejaring sosial China. Ramai pengguna internet marah dengan polis
kerana tidak menahan suspek sampai dengan 2 hari setelah kejadian.
Para Netizen China menuduh polis bersikap lembab lantaran tahu Guo anak
pegawai.
Seperti dilansir Xinhua News Agency, publik menuntut Guo segera
menyerahkan diri. Belakangan dikhabarkan keluarga besar Guo mencuba
damai, lalu memberi 840,000 yuan sebagai gantirugi kepada keluarga
mendiang Xie.
sumber : Merdeka.com
No comments:
Post a Comment