Sinar Harian
Gambar hiasan
LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh
doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga
berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.
Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.
Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).
Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.
“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.
Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.
No comments:
Post a Comment