Wednesday, February 11, 2015

Bapa bunuh lelaki yang merakam gambar puterinya

 10/2/15
Madrid - Polis Sepanyol menangkap  lelaki Inggeris terkait pembunuhan di restoran yang ada di kawasan resort mewah setempat.  Lelaki Inggeris ini membunuh seorang lelaki Jerman yang merakam puterinya yang masih kecil.

Seperti dilansir AFP, Selasa (10/2/2015),lelaki  Inggeris yang tidak disebut namanya ini, menyerang mangsa  yang berusia 43 tahun setelah melihat lelaki tersebut merakam anak perempuannya yang masih kecil dengan komputer tablet. Insiden ini terjadi di restoran dekat pelabuhan Sotogrande, Costa del Sol, Sepanyol pada Sabtu (7/2) waktu setempat.

"Ayah bayi perempuan tersebut berdiri dan mendatangi tempat korban duduk," tutur seorang sumber dari  polis  setempat kepada AFP, mengutip keterangan saksi  .

"Dia (lelaki Inggeris-red) mengambil tablet tersebut dari korban, melihat bahawa ada video puterinya, dan saat itulah serangan terjadi," imbuh sumber tersebut.

Sumber tersebut menuturkan, tidak ada senjata yang digunakan lelaki Inggeris itu saat menyerang korban. Akibat serangan tersebut, korban dilarikan ke rumah sakit setempat, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan. Polis  setempat hingga kini masih menunggu hasil autopsi terhadap jasad korban.

Lelaki Inggeris tersebut sempat meninggalkan restoran setelah menyerang korban. Namun tidak lama kemudian dia berhasil ditangkap polis . Dia dijerat dakwaan pembunuhan oleh otoriti Sepanyol dan kini sedang menunggu masa perbicaraan.

Dalam keterangan terpisah, Polis Sepanyol atau yang biasa disebut Garda Sipil menyatakan, lelaki Jerman yang  meninggal dalam insiden ini, ternyata pernah ditangkap atas kes pornografi anak. Namun tidak diketahui apakah pelaku mengenal korban sebagai penggemar pornografi anak, sebelum menyerangnya.

Yang jelas,  polis meyakini kedua lelaki, yakni pelaku dan korban tidak saling mengenal.
sumber: detikNews

No comments:

Post a Comment