11 Feb 2015 Malaysiakini
Puncak
Niaga Holdings Bhd bersetuju dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
untuk melanjutkan lagi 'tarikh tamat' penyerahan perniagaan konsesi
perniagaan air Puncak Niaga serta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(SYABAS) kepada kerajaan Selangor kepada 9 Mac.
Puncak Niaga berkata terdapat isu-isu berkaitan pemindahan air antara
kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan yang belum
dimuktamadkan serta belum mendapat kelulusan daripada Unit Kerjasama
Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Pegawai Operasi Puncak Niaga Datuk Syed Danial Syed Ariffin dalam
satu kenyataan semalam menggesa kedua-dua pihak agar menyelesaikan
perkara tersebut dengan segera kerana ia akan menjejaskan tahap
perkhidmatan dan pengurusan sistem bekalan air.
"Banyak keputusan penting dan utama operasi yang melibatkan perbelanjaan
modal dan perbelanjaan operasi tidak dapat dilaksanakan akibat
penangguhan oleh kerajaan," katanya.
Puncak Niaga Holdings dan Pengurusan Air Selangor memeterai perjanjian
jual beli (SPA) bersyarat pada 11 Nov, 2014, di mana kedua-dua pihak
bersetuju terhadap cadangan pelupusan satu sama lain dengan bayaran
tunai RM1.55 bilion.
Perjanjian SPA itu dimeterai bagi menyatukan dan menstrukturkan semula
industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya dan sekali gus industri air Selangor diuruskan sepenuhnya oleh
kerajaan negeri Selangor, manakala Kerajaan Persekutuan dapat
menyegerakan pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan sistem bekalan air
terawat.
Di bawah terma dan syarat perjanjian SPA itu, semua syarat-syarat duluan
sepatutnya disempurnakan pada 12 Januari, tahun ini, tetapi pada 14 Jan
'tarikh tamat' dilanjutkan ke 9 Februari 2015.
- Bernama
No comments:
Post a Comment