Wednesday, February 11, 2015

Dewan Ulama Pas simpati nasib Anwar

Sinar Harian
Ahmad Yakob 
  •  Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Pusat mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarga beliau dapat melalui ujian dengan sabar.

Ia susulan Mahkamah Persekutuan semalam, menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau simpati dengan penahanan yang agak lama perlu dijalani oleh Penasihat PKR tersebut.

“Saya simpati dengan Anwar dan ahli keluarganya atas hukuman yang agak berat diputuskan oleh mahkamah pada hari ini (semalam).

“Pada hakikatnya kita lebih selesa dengan hukuman syarak berbanding hukuman sivil dalam kes seumpama ini, yang mana hukuman syarak lebih cermat dan memberi keadilan kepada yang dituduh,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

No comments:

Post a Comment