Sunday, February 15, 2015

Brunei perketat peraturan sambut raya Cina

15 Feb 2015

Brunei mengetatkan undang-undang berkaitan sambutan Tahun Baru Cina, antaranya dengan mengharamkan tarian Singa dekat dengan masa solat dan persembahan oleh orang bukan Cina.

Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas dan selepas solat Jumaat menyeru supaya orang Islam menghindari perayaan bukan Islam.

Tarian singa kini hanya dibenarkan antara  19 hingga 21 Februari antara jam 8 hingga 11.20 pagi dan 1.30 hingga 5.15 petang, menurut Brudirect.

Portal itu juga melaporkan bahawa persembahan itu hanya boleh diadakan di tokong, dewan sekolah rumah anggota-anggota persatuan Cina.

Brunei turut melarang penggunaan mercun dan bunga api yang digunakan secara tradisi ketika perayaan itu.

Pada 7 Februari lalu, The Brunei Times melaporkan bahawa khutbah Jumaat negara itu menyeru orang Islam menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment