Shaik Hussein Mydin  
  • Shaik Hussein Mydin
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicadangkan menjadi ketua pembangkang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, minggu lalu.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam Umno Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin berkata, cadangan itu dibuat memandangkan DAP mempunyai jumlah kerusi Parlimen pembangkang tertinggi.

“DAP juga dilihat sebagai platform sokongan kaum Cina kepada Pas dan PKR yang menjadi punca kemenangan kebanyakan kerusi PKR dan Pas. Tetapi, Guan Eng masih boleh mempertimbangkan untuk melantik Presiden Pas atau mana-mana pemimpin Pas yang dilihat sesuai," katanya.

Menurutnya, tiada pemimpin PKR yang mampu menjadi ketua pembangkang kerana berlaku perpecahan dalam PKR yang menyokong pemimpin berlainan.