- Mangsa kemalangan meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kereta yang dipandu dalam kemalangan di Kawasan Perindustrian Gong Badak, malam kelmarin.
KUALA NERUS – Keadaan kawasan perindustrian Gong Badak yang
kebiasaannya sunyi pada waktu malam bertukar menjadi gamat malam
kelmarin berikutan berlaku tiga insiden kecemasan berlaku serentak.
Ketiga-tiga insiden tersebut adalah kebakaran kilang, kemalangan jalan raya, dan kes kebocoran akibat tumpahan bahan kimia (Hazmat), yang mana kesemua kes berkenaan membabitkan ada mangsa meninggal dunia.
Situasinya jelas kelihatan seakan insiden besar benar-benar berlaku, namun sebenarnya itu Latihan Menangani Bencana yang diadakan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu untuk melatih pegawai pasukan penyelamat agensi berkenaan.
Operasi menyelamat hampir lima jam itu juga turut disertai hampir 200 orang terdiri daripada PDRM, JPAM, Pasukan Perubatan Kementerian Kesihatan, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan sukarelawan.
Manakala, di satu lagi lokasi lain iaitu Pulau Duyung, penduduk turut gempar apabila bunyi siren kecemasan kenderaan yang bertali arus memasuki kawasan perkampungan berkenaan menyebabkan kawasan kejadian diserbu orang ramai untuk melihat sendiri apa yang berlaku.
Bagaimanapun, sebaik dimaklumkan ia adalah sekadar latihan menyelamat untuk bot karam, orang ramai mulai beredar dari lokasi tersebut.
Uji kecekapan pegawai
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Terengganu, Khairul Ariffin Che Ramli berkata, tujuan utama latihan besar-besaran secara bersepadu itu dilaksanakan adalah untuk menguji dan melatih pegawai agar sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana besar di negeri ini.
“Selain untuk menguji tahap kecekapan pegawai mengendalikan kes kecemasan, latihan secara bersepadu ini juga bertujuan melihat kerjasama membabitkan agensi penyelamat dalam memberikan tindak balas segera sebaik menerima laporan berkenaan sebarang bencana.
“Malah, latihan ini juga kita lakukan mengikut SOP (prosedur pengoperasian standard) seperti mana pengendalian kes yang sebenar supaya mampu memperlihatkan tahap kesediaan pegawai bomba jika berdepan bencana besar seperti mana yang diadakan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi taklimat Latihan Pengurusan Bencana JBPM Terengganu di Kawasan Perindustrian Gong Badak, di sini, semalam.
Operasi itu juga turut disertai pihak media daripada pelbagai agensi yang turut berpeluang merasai pengalaman dan melihat secara lebih dekat operasi pengendalian bencana besar oleh pasukan menyelamat.
Menurut Khairul Ariffin lagi, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan semua agensi sepanjang berlangsungnya empat situasi bencana berkenaan.
“Saya berharap agar latihan yang diadakan ini berupaya meningkatkan lagi kemahiran yang dimiliki pegawai bomba,” katanya.

No comments:
Post a Comment