KUALA LUMPUR:
"Carilah pahala dari sedekah jariahmu, kerana dengannya pahala kamu
akan berpanjangan walaupun selepas kematianmu," tulis Naib Presiden PAS,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam facebook.
Justeru, beliau mengingatkan agar awasilah fitnah jariah hasil
menyebar sesuatu maklumat yang tidak benar atau fitnah kepada seseorang.
Ini, katanya kerana dosa itu akan berpanjangan walaupun engkau telah meninggal dunia.
"Semoga Allah mengampuni dosa kita," tulisnya.
Dalam tulisan yang lain, beliau menyatakan andainya ada orang
mencerca serta menghinamu, lalu kamu balas pula dengan cercaan dan
penghinaan, maka sama akhlakmu dengan mereka.
Ini, jelasnya kerana kebaikan itu bila engkau mampu menunjukkan akhlak yang lebih baik dari mereka.
Menurutnya, orang yang jahil bercakap dengan nafsunya, manakala orang yang beriman akan berbicara dengan akalnya.
"Maka jadilah kamu orang yang lebih baik dari mereka, bukan menyamai
akhlak buruk mereka. Senyumlah kerana di situ ada kedamaian," tulisnya
lagi. - HARAKAHDAILY 2/2/2015
No comments:
Post a Comment