Saturday, February 21, 2015

Fitnah II: Rafizi cabar Khairy debat

20/2/15

 SHAH ALAM 19 FEB- “Saya akan cabar KJ berdebat mengenai kes ini,” demikian reaksi Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk  ‘road show’ sesi penjelasan mengenai kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Khairy perlu berani untuk bercakap dengan KEADILAN, bukannya ‘syok sendiri’.
“…jangan berani bercakap seorang tetapi tidak berani berdepan dengan kami,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ada pihak yang mempertikai mengapa Umno atau kerajaan pimpinan BN perlu memberi penerangan mengenai kes itu.

Pendedahan itu didakwa dibuat selepas enam tahun dituduh sebagai perancang konspirasi politik terhadap Anwar.
Cabaran debat itu turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin yang mencabar peguam kanan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk  bersemuka.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mencadangkan supaya debat itu perlu diadakan di mana-mana universiti awam dalam negara dan disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3.

Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment