20/2/15
Minggu lepas, Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed menyebut ‘Solat hajat tidak akan mengubah nasib Anwar’.
Beliau mengulas keputusan KEADILAN agar anggota-anggota Muslim di
peringkat Cabang mengadakan solat hajat pada malam Jumaat lepas. Nur
Jazlan menyifat tindakan ini sebagai menolak takdir.
Solat hajat, adalah soal berdoa dan berharap dengan kebesaran Allah.
Soal makbul atau tidak, itu di bawah kehendak Allah SWT. Yang penting,
di sebalik solat hajat itu adalah mahu meletakkan diri kita sebagai
hamba di hadapan Allah.
Memaksa doa agar dimustajabkan dengan segera tidak disukai oleh Allah SWT.
Dalam hadis al-Bukhari, daripada Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Muhammad saw ada menyebut;
Maksudnya; “Doa seseorang kamu dimustajabkan selama dia tidak gopoh, iaitu seperti dia berkata, “aku berdoa, lalu doaku tidak
dimustajabkan” (al-Bukhari, hadis no : 6340)
dimustajabkan” (al-Bukhari, hadis no : 6340)
Jika makbul menjadi neraca solat hajat itu baru dilaksanakan, sudah
pasti tidak perlu kepada konsep doa dalam mengikut ajaran Islam. Ini
kerana, Nabi Muhammad saw pun tetap terus berdoa, walaupun ia tidak
dimustajabkan oleh Allah. Dalam hadis riwayat imam Muslim, daripada Saad
bin Abi Waqas berkata bahawa ketika para sahabat bermusafir bersama
Rasulullah, hingga sampai di sebuah masjid Bani Mu’awiyah.
Baginda saw masuk dan menunaikan solat dua rakaat (solat sunat), dan
para sahabat turut sama solat bersama Rasulullah saw. selepas
itu,Baginda saw berdoa panjang. Kemudian, baginda saw mengadap kami
danberkata;
Maksudnya; “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara; Allah
menerimanya dua perkara, dan menolak satu. Aku meminta dengan Allah;
agar Allah tidak binasakan umatku selama setahun, dan Allah memberinya
(terima). Aku meminta agar tidak dibinasakan umatku dengan tenggelam
(dalam bumi seperti dilakukan kepada Qarun), dan Allah memberinya
(terima). Dan aku bermohon agar tidak menjadikan mereka berpecah di
kalangan mereka,lalu Allah mencegah aku (tidak makbul). (Muslim, hadis
no : 20 – (2890))
Jelas, konsep doa dan solat hajat adalah konsep merendah diri di
hadapan Allah SWT ketika berhadapan sebarang musibah. Jadi, ia tidak
sewajarnya dipandang hina. Ia bukan kerana tidak dimustajabkan, tetapi
ia dilarang dalam hadis bergopoh untuk doa itu dimustajabkan.
Jazlan kena faham bahawa soal mustajab adalah kerja Allah, sedangkan
tugasan merendah diri di hadapan Allah dalam bentuk solat hajat adalah
tugas kita sebagai hamba, sepertimana Jazlan perlu faham bahawa soal
hidayah adalah kerja Allah, sedangkan tugas kita adalah berdakwah.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment