- Nur Farhana dan anak-anaknya menunjukkan keadaan dinding bilik tidur yang tercabut akibat reput serta tidak digunakan lagi.
CHUKAI – Tidak pernah terdetik rasa menyesal dalam hati seorang mualaf
empat anak, Nur Farhana Laura, 32, walaupun terpaksa meninggalkan
kehidupan mewah ketika berada di sisi keluarganya di Sarawak, selepas
berkahwin.
Wanita cekal berketurunan Iban ini memilih untuk memeluk Islam dan mendirikan rumah tangga dengan nelayan biasa, sebelum berhijrah mengikut suami dan berteduh di rumah pusaka suaminya di Kampung Geliga Che Akob sejak belasan tahun lalu.
Nur Farhana berkata, Islam mengajarnya untuk bersabar dan bertawakal ketika berdepan masalah sehingga dia mampu melalui pelbagai keadaan sukar, walaupun rumah yang mereka diami kini makin reput.
Malah katanya, dia sekeluarga juga pernah putus pendapatan selama lebih dua bulan pada musim tengkujuh lalu disebabkan suaminya, Mohd Fazil Jusoh, 43, tidak dapat mencari rezeki kerana laut bergelora.
“Alhamdulillah, masih ada ikan masin untuk kami sekeluarga jamah dengan nasi selepas banjir, tapi kadangkala tersentuh juga hati apabila anak-anak tanya ‘tak ada lauk lain ke mama?’.
“Memang sebak dengar mereka tanya begitu, namun saya sentiasa beri semangat kepada mereka, yang mereka akan dapat makan sedap kalau ayah mereka turun ke laut semula,” katanya ketika dikunjungi di rumahnya.
Tiga anak pasangan ini iaitu Muhammad Daniel, 12; Muhammad Adam Danish, 7 dan Muhammad Zainuddin, 5, sudah bersekolah, sementara anak bongsu, Muhammad Marzuki pula baru berusia setahun lima bulan.
Suaminya mula turun ke laut sejak 20 Januari lalu berikutan musim tengkujuh sudah kembali reda, dan berada beberapa minggu di laut sebelum pulang ke darat.
Sementara itu, ketabahan Nur Farhana mendapat perhatian Kedai Kasut You Sdn Bhd (Kasut You) yang tampil menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 menerusi Program U-Care.
Nur Farhana nyata terharu menerima sumbangan disampaikan wakil Kasut You, Siti Barriah Mamat Bakri itu, selain bersyukur kerana menerima sumbangan itu di saat wang belanja dapur yang ada di tangannya hanya berbaki RM15.
“Syukur ada pihak hulur sumbangan ketika kami amat memerlukan. Duit ini akan saya gunakan untuk beli susu anak bongsu yang dah habis minggu lepas. Selebihnya akan dijimatkan untuk beli lauk dan simpan jika ada kecemasan,” katanya.
Menurut Nur Farhana, ketika dan selepas banjir lalu, dia sekeluarga turut menerima sumbangan berupa beras, tepung, kopi serta barang dapur lain daripada JKKK, selain sumbangan makanan setiap bulan daripada persatuan mualaf sekali gus meringankan bebanan ditanggung suaminya.

No comments:
Post a Comment