Sinar Harian
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia digesa mempertimbangkan semula keputusan
kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia memberi kesan kepada
masyarakat antarabangsa dan hak asasi manusia.
Demikian kata bekas Presiden Turki ke-11, Abdullah Gul sambil menyifatkan tuduhan yang dikenakan terhadap ketua pembangkang itu sebagai sukar dipercayai.
"Inilah sebabnya (komitmen dan pendirian) mengapa Anwar telah disokong oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia dan juga kerajaan asing di kedua-dua negara di Timur dan Barat.
"Anwar juga adalah seorang tokoh politik terkemuka berorientasikan intelek dalam dunia Islam yang menjadi penyokong kuat terhadap kesesuaian nilai-nilai Islam dengan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman webnya, Jumaat lalu.
Beliau juga meluahkan kekesalan dan perasaan sedihnya apabila mendapat tahu rakan politiknya, Anwar disabit dan dihukum penjara selama lima tahun.
"Hukuman dan sabitan terhadap Anwar sangat menyedihkan dan amat membimbangkan.
"Sebagai rakan lama dengan Anwar, saya dapati pertuduhan ke atas beliau amat sukar dipercayai," katanya lagi.
Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difailkan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Liwat II: Hukuman penjara Anwar kekal lima tahun]
Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.
Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.
Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008.

No comments:
Post a Comment