SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pengulas sukan negara, Datuk
Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara
(IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.
Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.
Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.
Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.
Antara yang awal mengucapkan takziah adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya.
“Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT,” katanya.
Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa, Allahyarham menerima rawatan di IJN, sejak 4 Februari lepas.
Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Bukit Naga, Shah Alam untuk dikebumikan hari ini.
Kerjaya terakhir Allahyarham ialah sebagai pengulas sukan dengan saluran televisyen Astro Arena bermula Januari 2014 dan sebelum itu beliau berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dalam dunia penyiaran, Hasbullah, 63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan menjadi pembantu mengendalikan program radio untuk kanak-kanak dengan Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir, 'Bersama Kak Yong'.

No comments:
Post a Comment