Thursday, February 12, 2015

Raja Jordan pandu sendiri jet tempur, serbu markas ISIS. Hebatnya !

Raja Yordania piloti sendiri jet tempur, serbu markas ISIS 
 Raja Abdullah II ikut serang ISIS. ©2015 Merdeka.com 
Raja Abdullah II,  pemerentah Jordan , marah besar kerana   ISIS membunuh pilot tempurnya dua hari lalu. Hari ini, Khamis (5/2), media-media Timur Tengah ramai melaporkan bahawa raja ikut terjun menggempur markas ISIS di perbatasan Jordan -Syria

Surat khabar An Nahar memastikan Raja Abdullah II ikut berperang. Pada masa mudanya, pemimpin Jordan  ini adalah perwira Angkatan Udara, memiliki kemampuan menerbangkan jet tempur.

Sementara Stesyen Televisyen Fox News, melaporkan bahawa sang raja kelmarin memendekkan jadual lawatan di Amerika Syarikat awal minggu ini, setelah dipastikan penculik  ISIS asal Jordan  dibakar hidup-hidup.

Ketika khabar itu dia terima, Abdullah II memutuskan segera pulang ke Ibu Kota Amman. Tiga tahanan teroris yang terkait dengan ISIS dieksekusi mati kelmarin subuh.
"Raja Abdullah sangat marah, dia mengatakan siap memerangi ISIS sampai mereka kehabisan minyak dan peluru," ujar satu sumber dekat dengan istana Amman.

Keberanian Raja Abdullah jadi  bualan ramai warga AS. Mereka membandingkannya dengan Presiden Barack Obama yang tak punya strategi jelas mengatasi situasi panas di Timur Tengah.

"Raja Abdullah jelas lebih bernyali dibanding Obama," kata Senator Duncan Hunter, dari Parti Republik yang berseberangan dengan Rumah Putih.
Para militan ISIS akhir Januari menghubungi   Jordan , menuntut pertukaran tahanan Al Qaidah bernama Sajida al-Rishawi dengan pilot jet tempur Jordan  Muath al-Kasaesbeh yang mereka culik.

Jet tempur Muath mengalami kerosakan injin di atas Kota Raqqa, pada Disember 2014, sehingga dia terpaksa menggunakan kerusi pelontar. Nahas, sang pilot langsung ditangkap oleh para militan pendukung khilafah.

Kerana Jordan  dianggap tidak merespon tuntutan ISIS, Muath dibakar hidup-hidup di dalam penjara. Video pembantaian itu lantas diunggah ke Internet. Warga Jordan  marah besar. Dua hari terakhir tunjuk perasaan meluas, menuntut tentera membuka perbatasan agar mereka boleh angsung menghabisi ISIS.
Sumber: Merdeka.Com 12/2/15

No comments:

Post a Comment