24 Feb 2015
(MK)Biarpun berdepan kekangan kewangan, kerajaan Jepun akan meneruskan
komitmennya menyediakan geran bantuan pembangunan rasmi (ODA) sebagai
usaha membantu negara-negara Asean bagi pembangunan ekonomi mereka.
Jepun memberi jaminan untuk mengagihkan geran ODA sebanyak dua trilion yen kepada negara-negara ASEAN dalam tempoh lima tahun, pada Sidang Kemuncak Peringatan Jepun-Asean 2013, terutamanya untuk meningkatkan kesalinghubungan dan merapatkan jurang pembangunan ke arah integrasi ASEAN pada tahun ini.
ODA dibahagikan kepada bantuan dua hala di mana bantuan diberikan secara langsung kepada negara-negara membangun manakala bantuan pelbagai hala, disediakan melalui organisasi antarabangsa.
"Inilah yang kami mahu lakukan sekarang dan pada masa akan datang. Membantu negara-negara anggota ASEAN adalah antara keutamaan kami. Jepun, setakat ini, mendahului dalam memberikan bantuan kepada ASEAN walaupun dana kini terhad," kata Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Bantuan Negara Pertama, Biro Perbadanan Antarabangsa, Kementerian Luar Jepun, Ritsuko Suzuki.
Beliau berkata beberapa negara anggota tidak begitu memerlukan bantuan kewangan yang besar daripada Jepun berdasarkan pendapatan per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka.
"Sebagai contoh, Malaysia dan Thailand, kami tidak menawarkan banyak bantuan dari segi geran atau pinjaman yen kerana kedua-dua negara ini mencapai pertumbuhan KDNK yang tinggi," kata beliau.
KDNK Malaysia berkembang 5.80 peratus pada suku keempat 2014 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. Ia merupakan ekonomi membangun di Asia, di mana pada tahun-tahun kebelakangan ini, telah berjaya berubah daripada pengeksport bahan mentah kepada ekonomi yang pelbagai.
"Bagaimanapun bagi negara-negara CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam), kami memberi penekanan kepada mereka," katanya semasa taklimat kepada wartawan ASEAN yang menyertai program anjuran kementerian itu di Tokyo baru-baru ini.
Bagi meningkatkan kesalinghubungan, Jepun akan memperkenalkan infrastruktur kukuh dan berkualiti tinggi dengan cara menggerakkan teknologi dan kepakaran Jepun.
Ini termasuklah penekanan terhadap langkah-langkah keselamatan, pengurusan bencana, persekitaran dan penyelenggaraan serta menggalakkan bantuan untuk infrastruktur pengangkutan seperti Koridor Timur-Barat dan Selatan, landasan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang, serta sistem yang selaras, katanya.
Bagi merapatkan jurang pembangunan, bantuan kepada negara-negara CLMV akan digalakkan melalui pelaksanaan pelan tindakan 'Strategi Tokyo 2012 Bagi Kerjasama Mekong-Jepun', kata Suzuki, sambil menambah bahawa empat negara itu akan menerima 200 bilion yen secara keseluruhannya.
Beliau juga berkata sebanyak 300 bilion yen telah diperuntukkan untuk mengukuhkan bantuan kerjasama pengurusan bencana ASEAN-Jepun dan bagi melatih 1,000 petugas menggunakan kepakaran dan teknologi Jepun.
Semasa ditanya mengenai jumlah yang dikeluarkan sehingga kini daripada dua trilion yen yang diperuntukkan itu, beliau berkata: "Sehingga November 2014, kami telah mengeluarkan lebih 500 bilion yen. Setakat ini, pengagihan 200 bilion yen untuk negara-negara CLMV telah dicapai dan mengikut jadual."
Suzuki juga menekankan keperluan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan untuk mencapai matlamat integrasi ASEAN.
"Saya tahu penyertaan anda lebih aktif berbanding Jepun ke arah menangani jurang infrastruktur. Kita memerlukan pelaburan pembangunan infrastruktur berkualiti tinggi," katanya, sambil menambah bahawa Jepun kini mengkaji semula dasar ODA bagi skim perkongsian awam-swasta.
Mengenai Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA), Suzuki mengakui AFTA akan membawa banyak peluang kepada mereka, terutamanya bagi syarikat-syarikat Jepun untuk terus menggalakkan lagi pergerakan barangan.
"Kami percaya melalui AFTA, kita boleh meningkatkan kesalinghubungan antara negara-negara ASEAN dan pada masa yang sama terus memberikan bantuan kepada negara-negara berkenaan," katanya.
AFTA merupakan perjanjian blok perdagangan oleh ASEAN yang menyokong pembuatan tempatan di semua negara ASEAN. Pewujudan AFTA telah dipersetujui pada Sidang Kemuncak ASEAN 1992 di Singapura.
- Bernama

No comments:
Post a Comment